Selamat datang ke website medikalcardvvip.com. Website ini sering dikunjungi dan kerap membuat perkongsian tentang info dan pelan-pelan perlindungan yang terbaik.

Statistik Menunjukkan Lebih 60% Rakyat Malaysia tanpa perlindungan Takaful.- Berita Harian

KUALA LUMPUR: Seramai 46 peratus rakyat Malaysia masih belum mempunyai sebarang perlindungan, menyaksikan masih banyak potensi untuk diterokai dalam industri takaful.

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Takaful Malaysia (MTA), Mohd Redzuan Mohamed, berkata persatuan itu melihat terdapat pasaran khusus untuk takaful yang kebanyakannya merangkumi mereka dalam kumpulan B40 dan M40 seperti ibu bapa muda dan pekerja gig yang tidak dilindungi dari segi kewangan.

“Kami merasakan takaful mempunyai sebab yang baik untuk golongan ini kerana walaupun strategi tertumpu untuk menjadikan takaful lebih menguntungkan, kami juga ingin menyumbang semula kepada masyarakat bagi memastikan jurang kewangan semakin rapat.

“Banyak perancangan kami adalah mengenai celik kewangan dan meningkatkan kesedaran kewangan kepada rakyat Malaysia,” katanya pada taklimat media sempena pelancaran laporan interim Program Rangka Tindakan Sektor Kewangan (FSB) Takaful di sini, hari ini.

Di bawah pelan strategik Hijrah 2027, MTA menyasar penembusan takaful di Malaysia untuk meningkat sekali ganda kepada 40 peratus menjelang 2027.

Mohd Redzuan berkata, kadar penembusan semasa takaful dalam negara adalah sebanyak 20 peratus, manakala insurans konvensional pada 34 peratus.

MTA mengeluarkan laporan interim mengenai Program Takaful FSB 2023 yang menekankan kemajuan yang dicapai ke arah pertumbuhan yang mampan untuk industri.

Laporan interim itu menyelidiki secara mendalam mengenai pencapaian pengendali takaful, meneliti pencapaian penting projek dan hasil yang diharapkan berdasarkan latar belakang pengantaraan berasaskan nilai untuk takaful (VBIT) dan kontinum kematangannya.

Rangka Kerja VBIT telah dikeluarkan oleh industri takaful pada 2021, diikuti dengan Pelan Hala Tuju VBIT pada 2022.

Program Takaful FSB kini dalam fasa pelaksanaan dan kumpulan kerja mencapai kemajuan yang ketara dalam semua teras strategik melalui sebelas kumpulan kerja yang menyelia pelbagai aspek rangkuman kewangan, daya tahan ekonomi, pendigitalan, kemampanan dan daya tahan iklim, dan kepimpinan kewangan Islam .

“Kami menjangkakan penggunaan agenda VBI akan memacu industri ke arah ekosistem kewangan yang mampan.

“Program Takaful FSB akan terus memainkan peranan penting dalam memacu industri ke hadapan dan akan terus berbuat demikian,” kata Mohd Redzuan.

Program Takaful FSB ialah inisiatif komprehensif oleh MTA, bertujuan untuk menyelaraskan dan mengharmonikan sasaran FSB 2022-2026 Bank Negara Malayia (BNM) dan pelan hala tuju VBIT.

Ia memberi tumpuan kepada memastikan kemampanan, kestabilan dan pertumbuhan berterusan industri takaful.

Laporan penuh akan tersedia pada suku pertama 2025.- sumber berita harian.

medical card online