
Sudah Tahun 2025 dan masih banyak kita dengar berkenaan Mitos Takaful.
Di sini ada 10 Mitos Yang Biasa Kita Dengar Tentang Takaful Yang Perlu Dibetulkan Sekarang.
Sudah 2025, masih ramai orang samar-samar tentang takaful.
Mohon jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri mitos-mitos dan menghalang anda dari mendapatkan perlindungan diri dan keluarga.
Jom kita betulkan!
1. “Takaful ni untuk yang berduit banyak sahaja” Anda Salah!
Di sini ada juga pelan mampu milik serendah RM50 sebulan. Beli air kopi mahal setiap hari, tapi kedekut untuk perlindungan diri anda, itu merugikan!!
2. “Saya masih sihat, tak perlu bayar takaful pun” Anda salah!! Ramai yang rasa sihat dan muda tapi dah diagnosis penyakit kencing manis darah tinggi seawal 30an.
Lagi awal ambil, lagi murah caruman. Kalau dah sakit nanti, mungkin tak layak langsung!!
3. “Company saya dah ada corporate takaful sendiri, tak perlu ambil dah!!” Polisi company bukan milik anda selama-lamanya, ia boleh tamat bila-bila mengikut kehendak company.
Bila berhenti kerja atau company tak cover lagi, macam mana? Paling selamat, ambil polisi sendiri.
4. “Duit burn bila tak claim” Ada tanya tak kenapa macam tu? Faham tak concept polisi standalone dan polisi ada investment?
Ada pelan takaful yang ada cash value, ada yg simpanan, dan ada yang tiada simpanan. Yang ni perlu tanya agent anda macam mana dia terangkan!
5. “Takaful dan insurans sama je!” Tak sama!
Takaful ikut prinsip patuh syariah & konsep tabarru’ (tolong-menolong). Insurans konvensional bukan shariah compliance.
6. “Kalau dah sakit, baru ambil takaful” Masa sihat tak nak, dah sakit baru nak apply?
Dah sakit, confirm susah nak dapat kelulusan, atau kena bayar lebih mahal.
7. “Takaful ni scam, agen nak untung je” Agen hanya bantu educate dan consult, bukan paksa.
Duit caruman masuk ke dana peserta dan dikendalikan dengan etika.
8. “Saya dah ada KWSP, tak perlu takaful” KWSP untuk simpanan hari tua, bukan untuk kos rawatan atau perlindungan keluarga.
Kos perubatan makin naik, simpanan KWSP mungkin tak cukup!
9. “Takaful tak cover penyakit kritikal” Ada banyak plan yang cover penyakit kritikal, bukan hanya kemalangan.
Malah ada pelan yang bagi pampasan sehingga RM1 juta!
10. “Saya boleh simpan sendiri, tak perlu takaful” Simpan RM100 sebulan, berapa tahun nak cukup RM50,000 kalau tiba-tiba kena sakit kritikal?
Dengan takaful, modal kecil, perlindungan besar. Lebih bijak & strategik!
Jangan terpedaya dengan mitos. Lindungi diri dan keluarga sebelum terlambat!
