Selamat datang di website takafulinsuranceAIA.com. Website ini sering dikunjungi dan kerap membuat perkongsian tentang info dan pelan-pelan terbaik AIA.

Terpaksa Jual Rumah Sebab Sakit Kritikal

jual rumah untuk rawat penyakit

Seorang bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang kini menderita sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis terpaksa menjual rumah untuk menyara keluarga dan membiayai rawatan penyakitnya.

Mahmud Ali,44 yang tinggal di NO 3** Taman M**** Jitra, bersama lima orang anaknya termasuk empat yang masih bersekolah kini hanya menunggu masa untuk keluar dari rumah yang dijualnya itu.

Menurut mahmud dia kini bergantung hidup dia atas wang ihsan yang diberikan oleh rakan-rakan dan jiran yang bersimpati dengan nasibnya sekeluarga.

“Fikiran saya kini amat buntu untuk mencari wang setelah permohonan mendapatkan bantuan sara hidup daripada Persatuan Bekas Tentera dan Pertubuhan Politik tidak di layan.” katanya yang datang ke pejabat Utusan baru-baru ini.

“Tidak seorangpun ahli jawatankuasa persatuan itu datang ke rumah untuk melihat perkembangan hidup saya yang sedang menderita sakit ini, sedangkan saya adalah ahli persatuan seumur hidup.

“Mungkin kerana saya hanya berpangkat rendah maka penderiataan saya langsung tidak dihiraukan oleh persatuan,” katanya.

Menurutnya, kawan-kawan dan jiran jiranlah yang banyak menghulurkan bantuan kewangan dan menjadi tempat menhadu nasib bagi menyara kehidupannya sekeluarga.

Mahmud memberitahu, empat daripada lima orang anaknya masih bersekolah iaitu yang sulong sedang belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di sini, manakala tiga lagi anaknya masing-masing berasda dalam tingkatan lima, tiga dan tahun lima.

Mahmud juga tidak boleh menbuat sebarang pekerjaan setelah doctor pakar mengesahkan mengenai penyakit-penyakit yang dihadapinya itu.

Baru-baru ini saya terpaksa jual rumah yang sedang saya duduki dan kini kami sedang menunggu masa diperintah keluar.


 

Disini kita boleh mengambil iktibar dan pengajaran dari kisah kehidupan Mahmud. Sewaktu senang dan sihat masih ramai yang berkawan dengan kita, tetapi bila ditimpa musibah tidak ramai yang dapat menghulurkan bantuan. Apa tah lagi bantuan dalam bentuk saraan diri bulanan dari mana-mana pihak.

Di AIA kita ada plan pengganti gaji sekiranya kita menghidap penyakit kritikal seperti Mahmud. Pelan itu dipanggil pelan “pampasan sakit kritikal dan medikal kad”.

Pampasan sakit kritikal membantu dalam menyediakan saraan bulanan mengikut tempoh yang kita telah rancang.

Medikal kad berfungsi untuk anda mendapatkan rawatan terbaik dari mana-mana hospital swasta.

Anda nak tahu bagaimana client-client Afdzal mempunyai plan pengganti gaji sekiranya menghidap sakit kritikal?

 

>>Mencari Plan Medical Card AIA, Klik Sini<<