Selamat datang di website takafulinsuranceAIA.com. Website ini sering dikunjungi dan kerap membuat perkongsian tentang info dan pelan-pelan terbaik AIA.

Hadiahkan Orang Yang Tersayang Anda RM50,000 Setelah Ketiadaan Anda Nanti.

Kami percaya bahawa kesejahteraan hidup orang tersayang adalah keutamaan anda. Dan kerana keluarga adalah segala-galanya buat anda, kasih sayang yang dicurahkan kepada mereka tidak sepatutnya berakhir walaupun anda sudah tiada lagi.

Pelan Hibah Takaful AIA sememangnya boleh memenuhi keperluan perlindungan keluarga anda. Pelan Hibah Takaful AIA memberikan anda ketenangan fikiran mengetahui bahawa keluarga anda akan dapat terus menikmati kehidupan yang berkualiti sekiranya sesuatu yang tidak dijangka berlaku kepada anda mahupun pasangan anda.

Buatlah perancangan lebih awal dan pastikan kehidupan yang lebih bermakna untuk anda dan keluarga hari ini.

 


 

Kepentingan Hibah

Pernahkah Anda Terfikir, Kenapa Anda Perlu Sediakan Plan Takaful Hibah Untuk Keluarga Anda?

Melindungi Aset-aset dan pendapat lain.

Sekiranya anda ditakdirkan jatuh sakit, sudah tentu pekerjaan anda akan terjejas. Secara tidak lansung, pendapatan anda juga akan turut sama terjejas!

Jadi, apakah yang anda perlu lakukan? Anda perlu ambil Hibah untuk diri anda. Apabila anda jatuh sakit terutama disebabkan oleh penyakit kritikal seperti kanser, anda akan mendapat sejumlah wang pampasan untuk anda ‘survive’ dan meneruskan kehidupan walaupun pendapatan anda sudah tiada dan terjejas.

Plan Pengganti Gaji Si Mati untuk waris yang tercinta.

Jika anda ditakdirkan meninggal dunia, sudah tentu keluarga anda akan kehilangan punca pendapatan utama. Kehidupan keluarga anda akan terjejas dan pasti mereka akan hidup susah.

Segala aset yang anda ada juga akan dibekukan dan proses tuntutan serta pembahagian harta pusaka kepada keluarga anda juga akan mengambil masa yang sangat lama. Bukan itu sahaja, ianya akan menelan kos yang sangat tinggi.

Jadi, apakah penyelesaiannya? Anda perlu sediakan hibah keluarga untuk isteri dan anak-anak anda. Ianya akan membantu mereka ‘survive’ dan meneruskan kehidupan dengan sempurna selepas pemergian anda.

 

Pampasan Kematian/Pampasan Hibah dapat membantu menyelesaikan hutang-hutang lapok.

Sesiapa saja berpotensi untuk memiliki hutang dan pinjaman daripada Bank. Contohnya Loan Rumah, Loan Kereta dll. Pernahkah anda terfikir, apakah yang akan terjadi kepada hutang dan pinjaman tersebut sekiranya anda ditakdirkan jatuh sakit?Adakah anda masih mampu untuk meneruskan bayaran balik pinjaman setelah pendapatan anda terjejas?

Atau anda ingin melihat keluarga anda terpaksa bekerja keras dan bersusah payah untuk meneruskan bayaran balik pinjaman bagi pihak anda?

Oleh sebab itu, Hibah boleh menjadi pengganti pendapatan anda dan keluarga. Segala hutang dan pinjaman pasti akan dapat diuruskan dan diselesaikan dengan baik dengan adanya Hibah.

 

>>Klik Sini Untuk Permohonan Hibah<<<