Alhamdulillah, Abang Ngah dah discharge tengah hari tadi.
Pompang-pompang, bill RM3,400.00. Uii seram sejuk rasanya kalau bayar sendiri.
Mujurlah klong menabung dalam takaful insurans untuk semua anak-anak since diorang baby lagi. Kalau kena bayar sendiri, jenuh la korek segala tabung!
Ini plan insurans yang baru. Yang lama (ambik since dalam pantang), kak long dah stopkan sebab plan dia tak boleh nak upgrade dah. Benefit dia kurang banyak sangat berbanding plan terkini.
Untuk kebaikan diri dan anak-anak, kak long apply yang baru dan lebih 2 tahun kak long bayar 2 premium untuk setiap anak-anak sebelum terminate yang lama.
Kak long bukan ejen mana-mana insurans. Tapi kak long sangat ambik berat hal yang penting untuk jaminan anak-anak walaupun bertahun bayar premium, si Abang Ngah saja yang berulang kali masuk wad.
Rasa rugi? Langsung tak.. 😊 Sebab kita tak tau, bila akan ‘hujan’ akan menimpa kita. Jadi kena selalu bersedia dengan perlindungan kalau tak mau basah kuyup.
Bila ada insurans ni, kita boleh dapatkan rawatan pakar dengan mudah. Masa sakit, dapat berehat di hospital yang lebih selesa.
Bukan nak down grade GH, tapi kita pun tahu betapa sesaknya di sana dan tempoh menunggu untuk dapat berjumpa pakar.
Dah Allah bagi rezeki ada gaji sendiri, bolehlah agihkan bajet untuk kesihatan dan masa depan. Ini keperluan kehidupan!
Ada saja yang berpendapat, guna skim tawakal 🥴.
Well, pada kak long yang jahil ni, tawakal last sekali lepas segala usaha. Tak dak usaha, tiba-tiba nak tawakal… punggahhhh!
So, kalau yang masih belum ada plan takaful untuk diri sendiri dan anak-anak, ramai agen insurans kat luar sana. Tapi, carilah agen yang bertanggungjawab.
Ramai je kawan-kawan kak long yang agen insurans full time dan sangat membantu dan sangat boleh dipercayai!
Masing-masing bolehlah munculkan diri.
😍